The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan PM R16.1 : Kelantan United FC vs Selangor FC

Oct 26, 2022 - FAS

Selangor FC bakal memulakan kempen TM Piala Malaysia menentang Kelantan United FC hari ini di Stadium Sultan Muhammad ke-IV pada jam 9 malam.

Menurut ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe, tiada kelebihan gol away bukanlah penghalang untuk pasukan beraksi dengan baik.

"Suasana di dalam pasukan cukup baik setakat ini. Pemain-pemain bermotivasi tinggi untuk menghadapi kempen kali ini walaupun format kejohanan agak berbeza namun mereka tetap fokus untuk meneruskan perjuangan.

Bagi saya setiap perlawanan adalah penting biarpun tiada kelebihan gol di tempat lawan. Semua pasukan akan fokus sepanjang 180 minit ini dan bersedia beraksi untuk mendapatkan keputusan positif dalam perlawanan.

Dari segi keberadaan pemain untuk perlawanan Liga Super hari ini, pasukan Selangor FC masih belum dapat menurunkan Safuwan Baharudin yang masih dalam proses pemulihan akibat daripada kecederaan ‘mild traumatic brain injury’, manakala Halim Saari yang masih lagi dalam proses pemulihan penuh daripada kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL).

Selain itu, Gergasi Merah terpaksa melupakan khidmat Sharul Nazeem yang digantung perlawanan kerana dilayangkan kad merah semasa menentang Penang FC dalam saingan Liga Super 2022. 

Sekiranya berjaya melayakkan diri ke pusingan Suku Akhir, Selangor bakal bertemu dengan pemenang dari perlawanan di antara Kedah Darul Aman dan Negeri Sembilan yang akan bersaing di perlawanan pusingan 16 yang lain. Baca artikel berkenaan ™ Piala Malaysia untuk Selangor FC disini. 

Selangor FC mendoakan kejayaan pasukan bagi perlawanan pertama kempen TM Piala Malaysia ini. Ayuh, Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!